suria

Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Jambatan P.Pinang Ditutup 7 Disember

GEORGE TOWN: Lebuhraya Tun Dr Lim Choong Eu dan Jambatan Pulau Pinang di sini, akan ditutup pada 7 Disember ini mulai 10.30 pagi hingga 5 petang.

Jurucakap Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang berkata penutupan itu adalah bagi tujuan siasatan forensik balistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di lokasi kejadian kes bunuh yang berlaku 1 Disember lepas.

"Pohon kerjasama semua pengguna jalan raya bagi mengelakkan kesesakkan lalu lintas.

"Gunakan jalan alternatif yang disediakan dan ikuti arahan pegawai polis yang bertugas," menurut PDRM dalam kenyataan di sini, Isnin.

Sehubungan itu, orang ramai diminta menggunakan perkhidmatan feri atau jambatan kedua (Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah) atau menggunakan laluan dari arah jalan Sultan Azlan Shah atau Lebuhraya Sungai Nibong menghala ke jambatan pertama Pulau Pinang untuk ke tanah besar. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain