PETALING JAYA: Kebakaran kecil berlaku di Hospital Serdang akibat fius terbakar tetapi tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden itu. Berdasarkan laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Serdang, kebakaran berjaya dipadamkan kakitangan hospital tersebut sebelum anggotanya tiba di lokasi kejadian. "Insiden berlaku kira-kira pukul 9.16 pagi dan pasukan itu tiba di lokasi pada pukul 9.26 pagi. "Kebakaran dipercayai disebabkan lampu siling yang tidak berfungsi pada aras 1 hospital tersebut. "Tiada kerosakan serius dan kemalangan jiwa dilaporkan," menurut laporan itu.