suria

Mayat Kanak-Kanak Lemas Ditemukan

MARANG: Mayat seorang kanak-kanak sekolah berusia 12 tahun yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Buaya di sini pada Rabu petang, akhirnya ditemukan.

Mayat Megat Nazmi Asraf Megat Mohd Nezen, murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Gelugor, ditemukan pukul 8.21 pagi Khamis kira-kira 200 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Menurut ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Wakf, Asisten Komisioner Suriati Ariffin, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 6.50 petang Rabu.

"Dua saksi yang berenang di lokasi sama mendakwa melihat Megat Nazmi berdiri berdekatan tebing sungai dekat belakang Sekolah Kebangsaan Bukit Payong.

"Kedua-dua saksi yang berusia dalam 20-an mengenali mangsa dan bertanya kepadanya sama ada mahu mandi bersama.

"Mangsa memberitahu kepada dua lelaki terbabit bahawa dia tidak tahu berenang," katanya.

Kemudian mereka ternampak budak lelaki itu tergelincir dan terjatuh ke dalam sungai.

"Mereka cuba menyelamatkan mangsa menggunakan kayu panjang tetapi gagal ekoran arus deras," katanya.

Jenazah mangsa dihantar ke Hospital Nur Zahirah di Kuala Terengganu untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Rawai di Bukit Payong.

Lemas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Dana Soros: Polis Siasat Ambiga

Artikel Lain