suria

Kasih Bengah Buat Adik Istimewa Jadi Viral

KISAH dua beradik ini menjadi viral di media sosial.

Video yang dimuat naik di Instagram mahupun Facebook mendapat ribuan tontonan, komen dan tanda ‘like’.

Kadang-kadang kisah mereka mencuit hati, malah ada juga menyentuh emosi.

Mempunyai ahli keluarga yang mengalami sindrom down pastinya mencabar, namun ia tidak menghakis kasih abang terhadap adiknya.

Begitulah kehidupan Hammad Zamakhashari Mohd Noor, 30, atau Bengah bersama adik istimewanya, Afiatul Salsabiila, 18, yang lebih mesra dipanggil Afiatul.

Bukan lakonan, semuanya realiti semata-mata, ragam abang penyayang bersama adik istimewanya dikongsi buat tontonan masyarakat. 


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain