suria

Kilang Ais Di Alor Setar Alami Kebocoran Gas Ammonia

ALOR SETAR: Penduduk di sekitar Simpang Empat Kuar, Alor Setar digemparkan dengan insiden kebocoran gas dipercayai ammnonia di sebuah kilang ais di sini, pada malam Jumaat.

Bagaimanapun tindakan pantas pekerja kilang ais terbabit menghubungi pihak bomba berjaya mengawal penyebaran gas itu.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar tiba di lokasi untuk membuat pemeriksaan sebelum pasukan Unit Khas HAZMAT dari BBP Kulim Hi Tech tiba untuk membuat pemeriksaan lanjut.

Menurut Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Mohd Sham Kamaruddin, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.34 malam dan anggotanya dari BBP Alor Setar tiba jam 7.53 malam.

Seramai 19 anggota dan pegawai bersama dua jentera dan sebuah Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) tiba di lokasi untuk membuat pemantauan.

Hasil pemeriksaan mendapati, terdapat bau yang dipercayai berpunca dari kebocoran gas ammonia dari kilang ais berkenaan.

Anggota membuat pengusian bangunan dan mewujudkan kawasan selamat dengan bantuan polis dan memakai pakaian operasi dan memasuki kawasan kilang dengan satu aliran dan satu semburan kabus bagi menutup semua valve ammonia dan pemendapan gas bocor berkenaan sebelum pasukan HAZMAT dari BBP Kulim Hi Tech.

Ammonia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain