suria

Ahli Perniagaan Bergelar 'Datuk Seri' Didakwa Cederakan Isteri

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas pertuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya.

Datuk Seri Halim Mohd Ali, 51, didakwa dengan sengaja mencederakan Rosarita Saad, 36, dengan cara menarik rambut, menumbuk dan menampar kepala serta muka wanita itu di sebuah kawasan berhampiran RHB Bank, Taman Shamelin Perkasa, Cheras, di sini pada 11.30 malam, 23 November lalu.

Dia didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda yang boleh sampai RM4,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noorelynna Hanim Abd Halim menawarkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar jumlah jaminan itu dikurangkan.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 2 Mac depan untuk sebutan semula kes. - BERNAMA

Datuk Seri, mahkamah

Artikel Berikut

Artikel Lain