Ini berikutan keputusan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara menolak rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tahun lepas membebaskan kedua-dua mereka dengan ikat jamin.
Dalam keputusannya, beliau berkata tuduhan yang dihadapi oleh kedua-dua mereka di bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan bukan kesalahan keselamatan, oleh itu prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 tidak terpakai dalam kes mereka.
Prosedur Sosma membenarkan seseorang yang dituduh tidak dibenarkan ikat jamin dan ditahan sementara selesai perbicaraan mereka.
Khairuddin, 54, dilihat memeluk Chang, 66, selepas keputusan mahkamah diumumkan dan beberapa orang yang duduk di galeri awam turut bertepuk tangan.