suria

Restoran Makanan Laut Popular Terbakar

MELAKA: Persiapan untuk mengadakan majlis sempena Hari Natal di sebuah restoran makanan laut di Klebang Besar tidak kesampaian apabila premis itu musnah dalam kebakaran yang dipercayai bermula dari bahagian dapur.

Pemilik restoran itu, Mike Thien tidak dapat menyembunyikan perasaan sedihnya apabila restoran yang menawarkan masakan peranakan musnah dalam kebakaran yang berlaku pada pukul 5.10 petang Selasa.

"Saya membina restoran ini dari hasil titik peluh, darah dan air mata saya.

"Hati saya luluh melihat api merebak dengan pantas," katanya kepada The Star.

Thien berkata dia merancang untuk mengadakan majlis sambutan Hari Krismas dan Tahun Baharu di restoran tersebut sejak bulan lalu.

"Saya telah menghantar puluhan kad jemputan dan kini saya perlu mencari lokasi alternatif bagi mengadakan majlis tersebut kerana saya tidak mahu mengecewakan tetamu," katanya.

Thien berkata restoran itu mula dibuka pada 2000 dan dia berusaha keras untuk mempromosikan lokasi tersebut dengan menawarkan hidangan Baba dan Nyonya yang asli.

Selain menawarkan hidangan makanan, restoran itu turut digunakan sebagai lokasi pilihan kebanyakan acara amal.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka berkata kira-kira 80 peratus bangunan itu musnah dalam kebakaran tersebut.

Katanya, kira-kira 18 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kubu dan Tangga Batu bertungkus lumus memadamkan kebakaran kira-kira 30 minit kemudian.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain