suria

Tiada Kebenaran Anjur Perarakan Luar Biasa Iringi Mayat - Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana kumpulan, berdaftar atau tidak berdaftar termasuk kongsi gelap, untuk menganjurkan perarakan mengiringi mayat pemimpin mereka, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan perdana menteri berkata permit atau kebenaran hanya diberikan kepada perarakan biasa mengiringi mayat yang tidak mengganggu ketenteraman awam atau kesesakan lalu lintas.

Namun PDRM tidak pernah memberikan kebenaran kepada perarakan 'luar biasa' yang dilakukan oleh kumpulan tertentu atas sebab kematian pemimpin mereka, kata Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri.

"Kes perarakan yang berlaku itu masih dalam siasatan. Kita ingin tahu siapa penganjurnya. Tindakan perundangan akan dilakukan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada Selasa.

Baru-baru ini satu upacara perarakan besar membawa mayat ke tempat persemadian dilakukan dan dihadiri lebih 1,000 orang di Pulau Pinang.

Zahid Hamidi

Artikel Lain