suria

Tiga Beranak Didakwa Esok Kerana Dera Amah

Gambar hiasan.

PORT DICKSON: Tiga beranak akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban pada Khamis kerana mendera pembantu rumah mereka, kata Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt Adzli Abu Shah.

Beliau berkata tiga beranak itu iaitu seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 49 tahun dan dua anak lelakinya masing-masing berusia 20 dan 25 tahun.

Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda dan Seksyen 323, Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan, katanya dalam sidang media, di sini, Rabu.

Katanya pembantu rumah warga Indonesia berumur 34 tahun itu membuat laporan polis pada 3 Disember lepas mendakwa telah didera, dipukul dan tidak dibayar gaji pada jumlah dijanjikan selama dua bulan bekerja dengan keluarga itu.

Beliau berkata wanita itu kini ditempatkan di sebuah rumah perlindungan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain