Ketua Staf Pusat Operasi Esscom Briged Jeneral Datuk Md Rahim Mohamad berkata pemasangan Ais dan radio operasi itu juga akan memudahkan usaha pemantauan oleh pasukan keselamatan terhadap bot nelayan selain memudahkan nelayan berhubung sekiranya berlaku kecemasan.
Menurutnya, Esscom termasuk Jabatan Perikanan telah mengadakan perjumpaan bersama Persatuan Nelayan Kawasan Lahad Datu yang bertujuan menerangkan kepada pemilik dan juragan bot pukat jerut dan pukat tunda berkenaan kepentingan dan fungsi pemasangan AIS dan radio VHF 16.
"Kebanyakan jurangan bot tidak mengetahui AIS dan radio komunikasi ini penting untuk menjamin keselamatan mereka (nelayan) memandangkan ancaman masih berterusan," katanya.
Sementara itu, beliau turut mewajibkan golongan nelayan membuat ujian komunikasi radio dengan Pusat Operasi Esscom melalui radio VHF 16 sewaktu berada di laut.
"Bot-bot nelayan pukat jerut dan pukat tunda diwajibkan melapor kepada Pusat Operasi ESSCOM di talian 089-863181 sehari sebelum ke laut dan ketika bergerak ke laut," katanya.