Balunya, Datin Ann Chan Foong Keen berkata suaminya mengalami serangan jantung di rumah mereka di Taman Sunrise di sini pada pukul 5.30 petang Khamis.
Hakim kelahiran Ipoh itu paling diingati kerana menggunakan petikan 'something is rotten in the state of Denmark' oleh William Shakespeare dalam kes kontroversi Ayer Molek yang telah didengar di Mahkamah Tinggi Sivil di Wisma Denmark.
Beliau telah dipanggil ke Badan Peguam Inggeris oleh Middle Temple pada tahun 1959 dan diterima masuk ke Badan Peguam Malaya dua tahun kemudian.
Pada tahun 1994, beliau telah dilantik sebagai hakim Mahkamah Rayuan, di mana beliau berkhidmat sehingga persaraannta pada tahun 2000.