Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput Saiful Rizan Sulaiman berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada kira-kira 8.48 malam dan mengerahkan sepasukan anggota bomba ke lokasi kejadian.
Katanya ketika sampai di lokasi, bomba mendapati dua reban ayam milik orang perseorangan itu, masing-masing seluas 50 x 400 meter telah 96 peratus terbakar.
Dengan bantuan 17 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, kebakaran berjaya dikawal pada kira-kira 9.30 malam, katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, Sabtu.
Saiful Rizan berkata operasi pemadaman kebakaran tamat sepenuhnya pada kira-kira 2.27 pagi tadi dan nilai kerugian serta punca kebakaran masih dalam siasatan.