suria

Kemalangan Bas Di Pagoh: Seorang Lagi Meninggal Dunia, Angka Korban Meningkat 14

Keadaan bas ekspress yang terbabas ke dalam cerun sedalam 20 kaki di Kilometer 137, Lebuhraya Utara Selatan arah utara awal pagi Sabtu. Kejadian itu mengakibatkan 14 maut. -fotoBERNAMA
MUAR: Seorang lagi penumpang bas ekspres yang terbabas dan terjunam ke dalam cerun dekat sini meninggal dunia, menjadikan jumlah kematian 14 orang.


Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Muar, kata seorang jurucakap dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, Sabtu.

Mereka yang berada dalam bas terbabit terdiri daripada rakyat Malaysia dan warga asing dari Singapura dan Myanmar yang sedang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Johor Baru.

Kemalangan itu berlaku pada pukul 4 pagi Sabtu dengan 13 orang pada mulanya dilaporkan terkorban dan 17 yang lain cedera.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor Mohd Yusof Mohd Gunnos berkata 25 anggota dari Muar, Bukit Gambit dan Yong Peng telah dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4 pagi.


Mohd Yusof berkata, siasatan awal mendapati permukaan jalan berada dalam keadaan yang baik dan tidak hujan ketika kejadian..
kemalangan bas, Pagoh

Artikel Sebelum

Artikel Lain