suria

Tiada Kejadian Kabel Kereta Putus - APM

KUANTAN: Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang Zainal Yusoff menafikan dakwaan berlaku kejadian kabel kereta kabel terputus di pusat peranginan Genting Highlands seperti yang tersebar di laman sosial Facebook. 

Beliau berkata pihaknya telah mendapatkan pengesahan daripada pengurusan pusat peranginan itu yang kemudiannya mengesahkan kereta kabel itu berfungsi dengan baik dan tidak mengalami sebarang masalah. 

"Kami berharap orang ramai tidak terpengaruh atau mempercayai berita palsu itu. Kami juga meminta kerjasama masyarakat untuk tidak serta menyebarkan berita yang tidak diketahui sumbernya itu," katanya semasa dihubungi pada Sabtu.  

Zainal berkata, pihaknya juga hairan bagaimana berita itu boleh timbul namun tidak menolak kemungkinan gambar yang digunakan adalah kejadian di luar negara.

Dakwaan mengenai tali kereta kabel putus itu tersebar di Facebook pada Sabtu menyebabkan APM turut menaikkan status penafian bagi mengelakkan situasi panik. -Bernama

Kereta Kabel, kabel terputus

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain