suria

Mayat Kanak-Kanak Ditemukan Terdampar Di Pantai Irama

BACHOK: Mayat kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang dikhuatiri lemas di Pantai Irama di sini, Sabtu lepas, ditemukan terdampar di pantai Kampung Tanjung Perupok pagi, Isnin.

Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Bachok Penolong Penguasa Bomba Muhammad Khairi Yusuf berkata mayat Nik Abd Aziz Al-Fathoni Abdul Halim ditemukan pada 7.15 pagi ini kira-kira tiga kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang dibawa arus.

"Mayat mangsa dijumpai terbaring oleh tiga anggota bomba yang membuat rondaan mencarinya di kawasan kampung itu", katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian di sini, Isnin.

Mangsa dilaporkan terjatuh dan dihanyutkan ombak ketika bermain berhampiran benteng pemecah ombak di pantai berkenaan pada 6 petang Sabtu lepas.

Pantai Irama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain