suria

Pelayaran Flotila Kemanusiaan Ke Rohingya Pada Januari Depan

PETALING JAYA: Satu flotila misi kemanusiaan, "Food Flotila" atau "Flotila Makanan" akan memulakan perjalanan dari Malaysia ke negeri Rakine, Myanmar pada Januari depan.

Flotila tersebut dijangka menghantar hampir 200 juta tan beras, barangan perubatan dan bekalan ke negeri tersebut yang terletak berdepan dengan Teluk Bengal.

Misi itu dijadualkan bermula pada 10 Januari depan dan kapal yang membawa makanan tersebut dijangka memakan masa selama dua minggu. 

Fotila itu dianjurkan oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Kelab Putra 1Malaysia dan gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Setiausaha Agung Mapim, Zulhanis Zainol memberitahu The Star, terdapat tiga kemungkinan yang akan berlaku terhadap flotila tersebut iaitu sama ada mereka mendapat kebenaran menyerahkan bantuan, diarahkan berpatah balik atau diserang oleh pasukan keselamatan Myanmar.

Jelasnya, tujuan utama flotila itu adalah menyokong masyarakat etnik Rohingya di pekan Maungdaw dan Buthidaung.

"Akses ke kawasan yang terjejas ditutup sepenuhnya. Situasi itu mengingatkan semula kepada konflik di Gaza yang menyaksikan mangsa terperangkap antara serangan tentera dan penutupan sempadan ke negara jiran," katanya.

Beliau menganggarkan 200 peserta mengikuti misi berkenaan termasuk anggota NGO, pengamal media, pasukan perubatan, bekas menteri, ahli politik, pemimpin agama, sukarelawan dan kre"Kami juga mahu membawa mesej keamanan menerusi flotila tersebut.

"Ia bukan sekadar isu agama tetapi isu kemanusiaan," katanya.

Flotila, Mapim, Rohingya

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain