Mohd Salim, 51, yang juga Ketua Umno Bahagian Jempol berkata ibunya telah dimasukkan ke hospital itu sejak tiga minggu lepas dan meninggal dunia akibat komplikasi jantung dan paru-paru.
"Jenazah emak akan dibawa ke rumah saya di Taman Tuanku Puan Chik, Bahau sebelum dikebumikan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata jenazah ibunya akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Taman Tuanku Puan Chik sebelum Zohor.