KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 6.2 pada skala Richter berlaku di Rantau Sumbawa, Indonesia pada 6.30 pagi Jumaat. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi terletak 111 kilometer selatan dari Bima, Indonesia dan 1,338 kilometer tenggara dari Sarikei, Sarawak. Bagaimanapun, gempa itu tidak mendatangkan ancaman tsunami terhadap Malaysia. "Jabatan Meteorologi Malaysia sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan maklumat yang terkini," menurut kenyataan itu.