KUALA LUMPUR: Tindakan pantas sepasukan bomba berjaya menyelamatkan seorang wanita yang tersepit kakinya pada penutup besi longkang di sini, Sabtu. Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat, mereka menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu yang berlaku di Taman Tun Dr Ismail kira-kira pukul 10.23 pagi. Dalam tempoh 10 minit, pasukan anggota dari balai bomba TTDI tiba di lokasi kejadian utnuk membantu mangsa. Kaki kiri wanita terbabit tersangkut pada penutup besi berkenaan dan anggota penyelamat berjaya menyelamatkan mangsa dalam tempoh beberapa minit. "Mangsa hanya mengalami luka kecil pada kaki kirinya," jelas jabatan bomba.