Kembong biasanya dijual antara RM6 atau RM7 sekilo.
"Sekarang kebanyakan peniaga mendapat harga borong kembong antara RM8 hingga RM10 sekilo menyebabkan kami terpaksa menaikan harga jualan supaya mendapat sedikit keuntungan," kata seorang peniaga di pasar Kampung Tebengau, Zulkifli Azizan, 51, kepada Bernama.
Beliau menambah sebelum ini peniaga mendapat bekalan lebih 100 kilogram sehari, namun kini mereka hanya mendapat antara 50 dan 70 kilogram.
"Nelayan akan menangkap sotong pada sebelah malam untuk menyumbang kepada pendapatan mereka yang kian terjejas," katanya.
Seorang lagi peniaga Shafie Abdul Wahab, 55, mencadangkan agar Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) atau Jabatan Perikanan menyediakan stor simpanan ikan di setiap jeti pendaratan supaya hasilnya dapat disimpan ketika berlaku lebihan bekalan.
"Ikan-ikan ini kemudiannya boleh dikeluarkan untuk mengimbangi semula kekurangan bekalan ikan di pasaran," katanya.