PETALING JAYA: Seorang penjawat awam berpangkat "Datuk" ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas tuduhan rasuah, kes tangkapan terbaharu melibatkan pegawai kerajaan berjawatan tinggi. Difahamkan sepasukan anggota SPRM menahan ketua setiausaha sebuah kementerian itu kira-kira pukul 8 pagi Rabu. Suspek yang berusia 59 tahun, ditahan di rumahnya di USJ Subang Jaya di sini. Suspek disyaki menyalahguna kuasa dan kedudukan sejak 2010 untuk menerima rasuah. Siasatan awal mendapati suspek menggunakan kuasanya untuk melantik kontraktor, pembekal dan penjual dengan memperolehi keuntungan sendiri.