PETALING JAYA: Dua orang maut apabila muatan batang paip konkrit yang dibawa menggelongsor ke dalam sebuah treler ketika kejadian di Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) pada Khamis. Kemalangan tersebut berlaku berhampiran kawasan rehat di lebuh raya Beranang apabila treler panjang itu hilang kawalan di selekoh jalan dan terbakar pada pukul 11.15 pagi tadi. Menurut seorang jurucakap, anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat bergegas ke tempat kejadian dan memadamkan api pada pukul 11.49 pagi. Walaubagaimanapun, kedua-dua mangsa meninggal dunia kerana mereka terperangkap di tempat duduk bersama batang paip konkrit itu. Salah seorang mangsa telah dikenal pasti sebagai Molok Zainal Abidinm, 52 merupakan pemandu treler tersebut. Manakala identiti mangsa kedua, seorang perempuan, masih belum dapat dipastikan.