TAN Sri Noh Omar hari ini membidas undang-undang yang dilaksanakan kerajaan negeri Selangor apabila rakyat kini dibebankan dengan caj minima 20 sen untuk setiap unit beg plastik. Menurutnya, dasar yang diperkenalkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali itu seharusnya meletakkan kebajikan rakyat di tahap utama, berbanding isu alam sekitar. Ikuti laporan yang disediakan wartawan mStar Online, Azlina Mazli.