PESURUHJAYA bangunan (COB) di seluruh negara, terutamanya di Selangor diarah meneliti isu tunggakan yuran penyelenggaraan kediaman bertingkat. Tanpa menyatakan jumlah keseluruhan tunggakan itu, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata, notis tuntutan akan dikeluarkan kepada pemilik yang gagal melunaskan bayaran, terutama yang menyewakan unit kediaman mereka. Ikuti laporan lanjut yang disediakan wartawan mStar Online, Azlina Mazli.