Juruaudit sebelum ini, Deloitte Touche Tohmatsu Ltd, menarik diri daripada syarikat itu pada Februari, 2016.
Dalam satu kenyataan, 1MDB berkata ia sudah mengemukakan borang 11 dan 52 kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 3 Januari 2017 untuk mengesahkan pelantikan itu.
Laman web SSM merujuk kedua-dua borang itu dengan permohonan bagi perubahan nama syarikat.
"Kami (akan) menunggu hasil laporan (audit) itu," katanya pada sidang media di pejabat Perbendaharaan di sini, Khamis.
Parker Randall merupakan firma pengauditan antarabangsa dan menjadi juruaudit keempat dilantik 1MDB selepas Ernst and Young, KPMG dan Deloitte Touche Tohmatsu Ltd.