PETALING JAYA: Sebuah bas merempuh lima buah kereta dalam keadaan lalu lintas sesak di Lebuhraya Persekutuan. Dalam kejadian pukul 4.45 petang Ahad, seorang pemandu bas Rapid KL hilang kawalan di KM5.4 lebuh raya dan merempuh sebuah kereta di depannya. Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, ACP Mohd Nadzri Hussain berkata momentum bas itu telah menyebabkan berlakunya perlanggaran melibatkan lima kereta yang berada di hadapannya. "Nasib baik tiada siapa yang cedera," katanya ketika dihubungi pada Ahad. Polis sedang menyiasat punca kemalangan itu.