suria

Lebih 200,000 Saman Dikeluarkan Kepada Pesalah Trafik Warga Asing

Mahamad Akhir Darus.

JOHOR BARU: Sebanyak 275,663 saman tertunggak dan 5,358 waran tangkap dikeluarkan kepada pesalah trafik warga asing sejak tujuh tahun lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Mahamad Akhir Darus berkata, perangkaan itu adalah bagi tempoh antara 2010 sehingga 2016.

"Pesalah trafik warga asing termasuk mereka dari Singapura, Brunei, Thailand dan Indonesia.

"Dalam operasi selama dua hari pada 6 dan 7 Januari, sebanyak 5,710 kenderaan warga asing diperiksa dan kira-kira 3,275 saman tertunggak telah dibayar," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, Ahad.

Tambahnya, kira-kira 55 saman dikeluarkan di atas pelbagai kesalahan sepanjang dua hari operasi di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gelang Patah, R&R Pandan dam KM2 Jalan Tebrau.

Artikel Lain