suria

Cincin Besi Tersekat, Lelaki Tanggung Kesakitan Tiga Hari

JOHOR BARU: Seorang lelaki berusia 41 tahun yang bertindak memakai cincin besi pada kemaluannya bertukar tragedi apabila mangsa mengalami kesakitan selama tiga hari sebelum memutuskan untuk pergi ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Lelaki itu mengalami kesakitan sejak beberapa hari lalu kerana dia tidak boleh mengeluarkan cincin besi tersebut daripada kemaluannya.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor Baru berkata mangsa kini sedang menerima rawatan di unit kecemasan Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini pada Selasa.

Beliau berkata mangsa sepatutnya menjalani pembedahan selama dua jam di hospital tersebut di mana anggota bomba turut menyediakan bantuan.

Mangsa masih berada di dewan bedah semasa berita ini ditulis.
cincin besi, tersekat, kemaluan

Artikel Sebelum

Artikel Lain