MIRI: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari seluruh Sarawak yang terkejut dengan berita kematian Tan Sri Adenan Satem telah bergegas ke Kuching. Mereka mengambil penerbangan paling awal ke Kuching sebaik sahaja mendengar berita kematian ketua menteri. Setiausaha Agung SUPP Datuk Sebastian Ting yang juga Adun Piasau, dekat sini, berkata, berita itu amat mengejutkan. "Ya, saya rasa sedih. Ia amat tragis. Saya akan pergi ke Kuching dengan penerbangan seterusnya," katanya. Jarak antara Miri dan Kuching adalah kira-kira 800 km. Adenan meninggal dunia pada pukul 1.20 tengah hari Rabu di Hospital Umum Sarawak di Kota Samarahan. Beliau akan menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-73 pada 27 Januari ini.