suria

Polis Masih Siasat Motif 5 Pekerja Myanmar Dibunuh

Gambar fail.

PETALING JAYA: Polis masih menyiasat motif pembunuhan lima pekerja warga Myanmar di Taman Perindustrian Sri Serdang di Serdang, minggu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten KomisionerFadzil Ahmad berkata, polis sedang mencari punca serangan yang menyaksikan lima pekerja mati dibunuh dan dua lagi cedera pada malam kejadian 5 Januari lalu.

Tujuh individu ditahan pada 5 dan 6 Januari bagi membantu siasatan.

Fadzil berkata, 15 lelaki lagi, berusia antara 19 dan 57 tahun turut ditahan di Seri Kembangan pada Rabu lalu bagi membantu siasatan.

Difahamkan mereka yang ditahan terdiri daripada rakyat tempatan dan warga asing dari Bangladesh, Indonesia dan Myanmar.

Setakat Jumaat, kesemua mereka masih dalam tahanan polis.

Insiden pekerja Myanmar diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang semasa kesemua mangsa dalam perjalanan dari tempat kerja.



Artikel Lain