suria

"Dakwaan Nenek Saudara Tidak Berasas"

PETALING JAYA: Kanak-kanak perempuan yang mencetuskan suasana pilu di sebuah mahkamah  ekoran enggan berpisah dengan nenek saudaranya, kini tinggal bersama ibu kandungnya.

Budak berusia tujuh tahun itu pada Khamis, diarahkan tinggal bersama nenek kandung sendiri selepas nenek saudaranya kalah dalam hak penjagaan seperti yang diputuskan mahkamah.

"Saya menjaganya kini manakala neneknya membeli pakaian baharu dan mendaftarkan persekolahannya di sini," kata ibu kanak-kanak tersebut ketika dihubungi di Kulai, Johor.

Kanak-kanak terbabit dijaga oleh nenek saudaranya selepas budak perempuan itu mendakwa bapa dan datuknya melakukan gangguan seksual terhadap dirinya.

Laporan polis tentang dakwaan itu telah dibuat tetapi kes berkenaan tidak diteruskan ekoran kekurangan bukti.

Akhbar China Press melaporkan, laporan perubatan menemukan kesan kecederaan pada bahagian alat sulit kanak-kanak itu.

Disebabkan laporan itu, nenek saudarannya memenangi hak penjagaan sementara bagi tempoh tiga tahun bermula 2013 sehingga Jun tahun lalu.

Sementara itu, ibu kanak-kanak itu mengakui anaknya menangis selama setengah jam ketika dibawa pulang ke rumah.

Malah wanita berusia 22 tahun itu mengenepikan tanggapan bahawa anaknya takut terhadap datuk dan neneknya.

"Perasaannya kembali baik apabila kami singgah di Zoo Melaka ketika dalam perjalanan ke Kulai.

"Kebimbangan nenek saudaranya tidak berasas. Anak saya kelihatan tenang bersama datuk dan neneknya," kata wanita itu.

Mengulas tentang kritikan terhadap dirinya kerana mengabaikan anaknya sendiri, wanita tersebut berkata:

"Saya berusia 15 tahun ketika itu.

"Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

"Kini saya akan menjaganya dengan lebih baik," kata wanita tersebut yang meninggalkan anaknya ketika berusia dua bulan.

Dia turut memberi jaminan bahawa nenek dan datuk saudaranya dibenarkan berhubung dengan anak perempuannya itu.

Kanak-Kanak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain