suria

Bekas Kolumnis The Star Seah Chiang Nee Meninggal Dunia

Seah menulis untuk The Star selama 28 tahun.

PETALING JAYA: Wartawan veteran Singapura dan bekas kolumnis The Star, Seah Chiang Nee meninggal dunia pada pagi Ahad.

Isterinya, Patricia Wong berkata, beliau telah dimasukkan ke Hospital Besar Singapura sejak Julai lalu.

"Belia dihantar ke hospital sejak Julai berikutan penyakit kayap dan cirit-birit," jelas Wong.

Mendiang berusia 77 tahun meninggalkan seorang balu, Wong,69 dan anak tunggal mereka Seah Pei Kwang, 38 tahun.

Seah merupakan individu pertama yang menjalani rawatan pemindahan jantung di Hospital St Vincent di Sydney pada tahun 1985 dan antara salah seorang yang hidup paling lama selepas pembedahan tersebut.

Seah memulakan kerjaya sebagai wartawan Reuters yang berpangkalan di Singapura pada tahun 1960.

Selama 10 tahun berkhidmat dengan agensi berita antarabangsa itu, beliau ditugaskan ke (ketika itu selatan) Vietnam selama 40 bulan membuat liputan peperangan.

Pada tahun 1970, beliau memegang jawatan sebagai ketua biro Malaysia dan kemudian, editor berita Singapore Herald sebelum ia ditutup selepas berkelahi dengan kerajaan Singapura.

Beliau bekerja untuk The Asia 1972-1973 di Bangkok yang meliputi Thailand dan Indochina.

Seah kemudian menyertai Hong Kong Standard sebagai pengarang berita sebelum kembali ke Singapura pada tahun 1974 sebagai editor luar negara bersama The Straits Times.

Mendiang mula menulis untuk kolum The Star pada tahun 1986 sehingga 2014. 

Melalui kolumnya bertajuk Insight Down South, beliau berkongsi analisis  berita di Singapura setiap minggu.

Penghormatan terakhir Seah akan diadakan pada Selasa dan Rabu di Singapore Casket at 131 Lavender St, Singapura.

Pengebumian akan diadakan pada Khamis. 

Wong boleh dihubungi di talian + 65-8125 3222.

Seah Chiang Nee, meninggal dunia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan