suria

Hujan Lebat Lebih Sejam, MRR2 & UIAM Dilanda Banjir Kilat

Seorang kakitangan UIAM bersama anggota keluarganya melihat kenderaan mereka yang ranap pada bahagian bumbung di kawasan tersebut pada Selasa. Hujan lebat sekitar pukul 4.15 petang itu mengakibatkan banyak pokok tumbang dan banjir di sekitar kawasan universiti itu.
-fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan rendah di pinggir ibu kota terutama di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) serta Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Gombak dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat lebih sejam petang Selasa.

Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata  hujan lebat sejak pukul 3 petang menyebabkan kawasan terbabit dinaiki air kira-kira setengah meter.

"Hujan lebat di MRR2 menyebabkan kesesakan lalu lintas namun keadaan adalah terkawal dan air mulai surut pada pukul 7 petang," katanya ketika dihubungi.

Selain itu, Mohd Sani berkata tiga batang pokok tumbang menyebabkan 10 buah kenderaan yang diletakkan di kawasan tempat letak kereta UIAM rosak.

"Operasi pembersihan sedang dilakukan oleh anggota yang bertugas," katanya.

Beliau berkata seramai 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.24 petang. - BERNAMA

banjir kilat, MRR2

Artikel Sebelum

MAS Harap MH370 Dapat Dikesan

Artikel Berikut

Artikel Lain