suria

Ka Siong Sambut Baik Pati Diberi Pas Kerja Sementara

Gambar fail.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menyambut baik keputusan mengenai pendatang asing tanpa izin (Pati) yang digaji majikan tempatan akan diberikan pas kerja sementara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membuat keputusan yang baik.

"Ia akan memberi kelegaan kepada pemain industri," katanya.

Mengulas lanjut mengenai isu menggaji pekerja asing, Dr Wee berkata, terdapat permintaan di kalangan petani seperti pemilik kebun di Johor untuk menggaji pekerja asing bagi menangani masalah kekurangan tenaga kerja.

"Mereka tidak dapat mencari orang tempatan untuk bekerja dengan mereka walaupun gaji yang ditawarkan antara RM2,000 sehingga RM2,500," katanya.

Kerajaan turut membuka penggajian pekerja asing kepada empat lagi sektor iaitu perladangan, perlombongan dan kuari, pengendalian kargo dan pelancongan dan hospitaliti.

Terdahulu, hanya sektor pembinaan, perkilangan, pembuatan dan perladangan yang dibenarkan untuk menggaji pekerja asing.


Artikel Lain