suria

Bekas Menteri Abdul Manan Othman Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Perusahaan Utama dan Menteri Pertanian, Datuk Abdul Manan Othman, 81, meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru ketika menerima rawatan di Hospital Gleneagles, Ampang, pada pukul 7.12 malam Rabu.

Anak sulung Allahyarham, Nadzrin, 53, berkata bapanya dimasukkan ke hospital itu selepas tidak sedarkan diri sejak Isnin lepas.

Bercakap kepada Bernama ketika ditemui di kediamannya di Desa Sri Hartamas di sini, Nadzrin berkata jenazah bapanya akan disembahyangkan di Masjid Bukit Damansara sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara 10 pagi Khamis.

Allahyarham yang merupakan Menteri Pertanian pada 1980 hingga 1984, sebelum itu pernah bertugas sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Awam, Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri. Allahyarham meninggalkan isteri Nora Abu Hassan, 78, tiga anak dan lapan cucu. -Bernama

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan