JOHOR BARU: Polis menahan seorang lelaki berusia 42 tahun kerana memuat naik kenyataan yang dianggap menyinggu kerabat Diraja Johor di media sosial. Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, suspek ditahan di sebuah rumah di Bandar Baru Sentul di Kuala Lumpur pada kira-kira pukul 9.45 malam Selasa. "Lelaki itu ditahan kerana membuat kenyataan yang menyinggung Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar di Facebook. "Kita turut merampas sebuah telefon bimbit dan kad SIM, dipercayai digunakan untuk memuat naik kenyataan sensitif itu," katanya kepada pemberita. Tambahnya, suspek dibawa dari Kuala Lumpur dan polis akan mendapatkan perintah reman di mahkamah di sini sebelum meneruskan siasatan.