suria

Kapal Nelayan Sabah Ditemui Di Laut Sulu, Tiga Hilang

KOTA KINABALU: Pihak berkuasa Filipina menemui sebuah kapal nelayan  di perairan Sulu, sempadan perairan Sabah awal pagi Khamis.

Difahamkan, seramai tiga anak didapati hilang manakala enjin kapal berkenaan masih hidup ditemui berhampiran Pulau Langawan.

Menurut sumber, pasukan keselamatan Filipina menemui bot nelayan yang dipercayai didaftar di Sandakan.

Nasib ketiga-tiga anak kapal yang kesemuanya warga Indonesia berusia 26, 29 dan 47 tahun masih belum diketahui.

Komander Esscom, Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid bagaimanapun gagal dihubungi untuk mendapat pengesahan mengenainya.

Esscom, Laut Sulu, Kapal Sabah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain