Turut ditahan adalah pengurus jualan antarabangsa syarikat yang sama.
Suspek yang berusia 58 dan 36 tahun itu ditahan di bawah operasi Ops Guinea oleh sepasukan pegawai SPRM tengah hari Khamis.
Suspek yang bergelar Datuk itu ditahan di rumahnya di Tropicana Indah, di sini, manakala pengurus jualan itu ditahan di kediamannya di Taman Desa, Jalan Klang Lama.
Sumber berkata, kedua-dua suspek telah meminta wang sogokan antara tahun 2013 dan 2015.
Rasuah itu didakwa diperoleh daripada pemilik sebuah syarikat swasta yang berpangkalan di luar negara.
Difahamkan syarikat GLC berkenaan telah menandatangani kontrak dengan negara itu bagi tempoh 15 tahun sebagai persediaan untuk melaksanakan kemudahan e-pasport.