suria

TN50: Kerajaan Akan Belanja RM38 Bilion Bangunkan Sabah, Sarawak

Najib Tun Razak menyampaikan visinya terhadap masa depan negara pada perasmian Transformasi Nasional di Universiti Malaya. Khamis. Foto: Bernama

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan akan membelanjakan sebanyak RMM38 bilion bagi pembangunan Sabah dan Sarawak dalam tempoh lima tahun akan datang, termasuk Lebuhraya Pan Borneo yang bebas tol, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Usaha terbaik bagi mengurangkan jurang pendapatan adalah menerusi pendidikan dan kesaksamaan sosial.

"Kedua adalah kesalinghubungan. Itulah sebabnya kami berikan Lebuhraya Pan Borneo yang tidak mengenakan sebarang tol ini kepada Sabah dan Sarawak," katanya pada Dialog Perdana Transformasi Nasional 50 di Universiti Malaya di sini, Khamis.  

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata RM38 bilion yang akan dibelanjakan oleh kerajaan Persekutuan itu turut membabitkan aspek lain pembangunan di kedua-dua negeri berkenaan.

"Ia bukan sahaja Lebuhraya Pan Borneo tetapi juga jalan raya serta jambatan. Kami akan melakukan usaha itu," katanya.

Fasa pertama Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak melibatkan kos berjumlah RM16.5bilion dan dijangka siap dalam masa lima tahun (pada tahun 2021).

Lebuh raya sepanjang kira-kira 2,083 kilometer itu akan menghubungkan Sarawak, Sabah dan Brunei. -Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Lain