suria

Polis Ambil Keterangan Berkaitan Kes Dera Di Taska

BANGI: Polis merakamkan keterangan beberapa individu berkaitan kes penderaan di sebuah taska di Bangi.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Othman Nanyan berkata polis menerima laporan berkaitan perkara itu pada Khamis dan segera membuka kertas siasatan.

"Kami bertindak segera kerana ia melibatkan kesalahan jenayah yang serius.

"Sebaik sahaja laporan dibuat, kami pergi ke taska terbabit dan mengambil keterangan daripada beberapa individu," katanya.

Othman berkata kes disiasat dibawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Difahamkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut menyiasat taska tersebut pada November tahun lalu.

Sebuah posting di Facebook mendakwa kanak-kanak di taska tersebut didera menjadi viral di laman media sosial pada Rabu.

Posting tersebut yang dimuatnaik dalam laman Facebook Abdul Rani Kulup menunjukkan gambar tiga kanak-kanak diikat kaki, tangan serta mulut.



taska, Bangi, PDRM

Artikel Lain