suria

Tolak Hubungan Seks, Isteri Maut Ditikam Suami

SEMPORNA: Seorang wanita berusia 38 tahun maut selepas ditikam suaminya menggunakan sebilah pedang samurai kerana menolak untuk mengadakan hubungan seks.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi Ahad itu, mangsa dikenali sebagai Norminah Bollok, 38, meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Semporna akibat kecederaan parah di bahagian rusuk dan pergelangan tangan.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Peter Umbuas, berkata suami mangsa melarikan diri selepas insiden itu.

"Kami sedang memburu suspek yang melarikan diri bersama beg yang mengandungi pelbagai dokumen milik anak-anaknya," kata Umbuas.

Beliau berkata mereka menjumpai sebilah pedang samurai yang dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa.

Berdasarkan siasatan awal polis, beliau berkata suspek bangun pada awal pagi lalu pergi ke bilik isterinya untuk melakukan hubungan seks.

Namun, hasratnya itu telah ditolak oleh mangsa menyebabkan suspek berang lalu menikam isterinya.

Dia kemudiannya melarikan diri manakala anak-anak mangsa membawa ibu mereka ke hospital.

Umbuas berkata pasangan itu dikurniakan lapan anak, empat lelaki dan empat perempuan berusia antara 13 dan 22 tahun.


tikam, bunuh

Artikel Lain