Sumber SPRM memberitahu bahawa suspek berusia 51 tahun itu ditahan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada 3.30 petang tadi.
"Dia dipercayai menerima rasuah dan menyalahgunakan kedudukannya untuk kepentingan diri sendiri," katanya kepada Bernama di sini.
Sumber itu berkata suspek dijangka dituduh mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan di Mahkamah Jalan Duta di sini, Khamis.
Semasa dihubungi hari ini, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki mengesahkan perkara berkenaan.