MESKIPUN golongan muda diberi fokus utama dalam menjayakan Transformasi Nasional 2050 (TN50), kepentingan warga emas khususnya kebajikan golongan itu juga perlu diberi keutamaan. Kenyataan itu disuarakan Ketua Wanita Barisan Nasional (BN), Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil yang berpandangan, dalam tempoh merealisasikan TN50, pada masa sama negara juga menuju negara tua. Sehubungan itu, perancangan untuk menjaga kebajikan warga berkenaan tidak boleh dilupa. Ikuti laporan lanjut yang disediakan wartawan mStar Online, Azlina Mazli dan jurukamera, Ahmad Syukry.