suria

Pembaiki Peti Sejuk Didakwa Miliki Wang Palsu

KUALA LUMPUR: Seorang pembaiki peti sejuk mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang di sini pada Jumaat atas pertuduhan memiliki 16 keping wang kertas RM100 palsu, tiga hari lalu.

Wong Chin Kuen, 31, didakwa memiliki wang kertas itu yang diketahuinya palsu dengan niat hendak menggunakannya sebagai tulen di jalan besar Pandan Mewah di sini pada 3.30 pagi, 24 Jan lalu.

Bernama melaporkan, dia didakwa mengikut Seksyen 489C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa Insp. Shamsiah Noor Zakaria tidak menawarkan sebarang jaminan kerana tertuduh mempunyai waran tangkap kes dadah.

Bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah membenarkan jaminan dengan alasan dia perlu menyara dua anak yang masih kecil berusia dua tahun dan dua bulan.

Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 1 Mac ini untuk sebutan semula kes.

Wang Palsu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain