Menurut jurucakap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), operasi SAR yang disertai pelbagai agensi penguat kuasa dan keselamatan termasuk APMM, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) diteruskan seawal jam 7 pagi Isnin.
Operasi SAR hari ketiga diteruskan pada jam 7 pagi tadi. Antara aset yang terlibat ialah KM ADIL, Kilat 40, pesawat udara Bombardier (APMM), KD Ganas dan KD Serang (TLDM), C130 (TUDM).
Turut serta dalam operasi SAR berkenaan ialah pihak berkuasa negara Brunei Darussalam menggunakan helikopter S92 yang memfokuskan pencarian di kawasan perairan negara berkenaan.
Pada Sabtu lalu, bot jenis Catamaran yang membawa 31 orang, termasuk 28 pelancong dari China, karam dipercayai dipukul ombak besar pada 10 pagi, sejam selepas bot itu bertolak dari jeti Tanjung Aru di sini ke Pulau Mengalum.