suria

Ibu Kelar Bayi Direman Tujuh Hari

Gambar hiasan.

BACHOK: Seorang ibu yang dipercayai mengelar bayi perempuannya yang baru berusia dua bulan setengah direman selama tujuh hari bermula Ahad.

Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata suspek berusia 32 tahun itu direman di Wad Psikiatri Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII).

Beliau berkata perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Kota Bharu Rusli Ahmad bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Polis juga masih menunggu laporan perubatan daripada pakar psikiatri HRPZII berhubung keadaan kesihatan mental suspek," katanya kepada pemberita selepas Program Jom Ke Sekolah 2017 Peringkat Kelantan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bachok di sini, Ahad.

Pada Sabtu, seorang ibu dipercayai mengelar leher bayi perempuannya berusia dua bulan setengah hingga mati dalam satu kejadian di Kuarters Kem Desa Pahlawan Kok Lanas, Kota Baru.

Sebilah pisau pemotong sayur dengan kesan darah ditemui bersebelahan mayat bayi itu. - BERNAMA

reman, kelar bayi

Artikel Lain