suria

IS: Petani Dipenjara Lima Tahun

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menjatuhi hukuman lima tahun penjara terhadap seorang petani kerana menyokong kegiatan militan Negara Islam (IS) menerusi bai'ah aplikasi telegram.

Pesuruhjaya Kehakiman, Ab Karim Ab Rahman mengenakan hukuman itu terhadap Zairosfitri Jainuddin Azhar selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap dakwaan itu pada Selasa.

Tertuduh diperintah menjalani hukuman bermula pada hari dia ditahan, 15 Julai tahun lalu.

Zairosfitri, 25, didakwa menyokong IS menerusi kumpulan sembang telegram, 'Gagak Hitam'.

Kesalahan dilakukan di No.11, Blok A, Perumahan Awam 2, Chenderiang, Batang Padang di Perak pada 12.33 pagi, 29 Mac lalu.

Dalam penghakimannya, Ab Karim berkata, tertuduh memahami intipati bai'ah itu dan ia adalah kesalahan serius.

Sementara itu, peguambela tertuduh, Datuk Ahmad Zaharil Muhayar berkata, anak guamnya terlalu mudah terpengaruh dengan elemen yang disebarkan di Internet.

Beliau juga menegaskan bahawa pembabitan Zairosfitri adalah minimum.
IS, Chenderiang

Artikel Berikut

Padi Perlukan Insurans - MARDI

Artikel Lain