Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata 15 mangsa itu termasuk lima kanak-kanak, terdiri daripada 12 lelaki dan tiga perempuan.
"Tiga belas mangsa masih hilang manakala dua lagi selamat selepas berenang kira-kira 25 jam dari lokasi kejadian ke pantai Batu Payung," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata dua yang terselamat itu dikenali sebagai Budiman Muslimin, 26, berasal dari Sulawesi Barat serta isterinya Hasmida Masaniaga, 24, dari Sulawesi Selatan.
Sementara itu, beliau berkata pejabat Konsul Republik Indonesia di Tawau telah dimaklumkan berhubung tragedi tersebut pada 7.30 malam Rabu.
Operasi mencari dan menyelamat 13 mangsa bot karam itu dihentikan pada 12 tengah malam, dan akan disambung pada Khamis melibatkan kawasan pencarian tujuh batu nautika Selatan Tinagat.