suria

Catatan Twitter Ku Nan Letak Jawatan Palsu - Azmin Ali

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, satu catatan di laman Twitter kononnya Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor akan meletak jawatan, adalah palsu.

"Sebaran ini palsu," katanya dalam catatan di laman Twitter rasminya.

Catatan itu terpapar di laman Twitter menggunakan nama Anggota Parlimen Gombak dan Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa berkenaan yang diragui kesahihannya. - Bernama

Artikel Berikut

Artikel Lain